Wednesday, 19 February 2014

Logo & Motto

LOGO & MOTTO

Logo                  :
     

Maksud Logo   :

Merah ( bulat ) :  Sentiasa kehadapan untuk mencapai cita-cita kearah kemajuan kampung seiring dengan
                              pembangunan bandaraya dan juga selaras dengan kehendak semasa.

Biru                   : Bentuk tangan penduduk setempat bersama-sama berganding bahu agar sentiasa ada
                            bermuafakatan didalam mencapai arus pembangunan setempat.

MOTTO : KEARAH WAWASAN PILIHAN KOMUNITI

Ketahui Sejarah Kami

Nama & Sejarah Kampung

Dibuka       : 1920
Nama Asal : Kampung Kebun Teh, Kubur Dagang

   Mengikut cerita warisan para warga emas di kampung kami, di sini terdapat banyak pokok teh tumbuh secara liar di kawasan kampung yang mula diterokai oleh orang yang datang dari tanah Jawa ( Indonesia ) pada awal tahun 1920an, manakala terdapat kawasan perkuburan orang Islam di kampung ini yang dikenali sebagai KUBUR DAGANG kerana khas untuk orang luar yang datang berdagang di Johor Bahru, apabila mereka meninggal dunia, mereka akan dikebumikan di tanah perkuburan ini. Justeru kampung ini dikenali sebagai Kampung Kebun Teh, Kubur Dagang yang dihuni sebilangan besar orang-orang yang berketurunan Jawa pada sejarah awalnya.
 
   Kampung ini telah dibangunkan semula secara teratur dengan penduduk diberi geran kekal 99 tahun pada tahun 1980 dan dinamakan semula kampung ini sebagai Kampung Kurnia.